Khidmat Sokongan Perubatan dan Terapi


Perkhidmatan Juru pulih Cara kerja

Terapi cara kerja merupakan bidang khidmat sokongan kesihatan yang dikendalikan oleh juru pulih cara kerja yang diiktiraf. Mereka akan bekerjasama dengan pakar dan agensi kesihatan yang untuk mendapatkan sokongan daripada aspek pengendalian tingkah laku, komunikasi, pendengaran dan bidang keperluan khas yang lain. Konsep perlaksanaan perkhidmatan ini memberikan kesan positif melalui hubungan dua hala di antara bidang kesihatan, pendidikan dan profesional setempat. Perkhidmatan pemulihan cara kerja membantu kanak-kanak menjalankan tugasan kehidupan harian di samping menawarkan medium kumpulan sokongan untuk berkongsi pendapat dan maklumat serta mendapatkan respons balas terhadap perkembangan kesihatan anggota.




Perkhidmatan Juru pulih Fizikal

IDEA (1997) mendefinisikan terapi fizikal atau juga dikenali sebagai fisioterapi sebagai perkhidmatan yang dilaksanakan oleh jurulatih fizikal yang diiktiraf 34 aspek postur badan, perkembangan dan kekuatan otot, mobiliti dan organisasi pergerakan dalam konteks persekitaran pendidikan. 

Namun, perkhidmatan ini hanya disyorkan kepada individu yang menunjukkan prognosis yang baik dan bakal memperoleh manfaat daripadanya. Terapi fizikal menekankan fungsi fizikal dan konsep berdikari dalam pelbagai persekitaran termasuk bilik darjah, bilik mandi, taman rekreasi, kawasan bertangga dan transisi antara persekitaran tersebut. 

Terapi fizikal menggunakan teknik pengendalian, senaman dan aktiviti pemprosesan deria untuk mengekalkan, meningkatkan dan memulihkan fungsi tertentu seperti perkembangan motor kasar, status neuromotor, perancangan motor dan beradaptasi dengan keperluan persekitaran.





Terapi fizikal juga menyediakan alternatif dalam modifikasi persekitaran seperti penggunaan peralatan mobiliti, pengekalan kedudukan dan tempat duduk dan pengurusan ortosis dan protesis. Kebiasaannya, rujukan oleh pegawai perubatan adalah diperlukan untuk membolehkan indikator frekuensi dan tempoh perkhidmatan ditentukan oleh kumpulan RPI dengan kolaborasi terapi yang lain.


Perkhidmatan Pemulihan Pertuturan Bahasa

Perkhidmatan sokongan oleh juru pulih pertuturan bahasa merangkumi:

 

1. Mengenal pasti kanak-kanak dengan ketidakupayaan pertuturan atau bahasa.

2. Diagnosis dan penilaian spesifik mengenai pertuturan dan bahasa.

3. Membuat rujukan untuk keperluan perubatan atau penelitian panel lain yang perlu untuk rehabilitasi ketidakupayaan pertuturan dan bahasa.

4. Peruntukan terhadap perkhidmatan pertuturan dan bahasa untuk habilitasi dan

pencegahan kepada masalah komunikasi.

5. Kaunseling dan panduan kepada ibu bapa, kanak-kanak dan guru mengenai ketidakupayaan pertuturan dan bahasa.


Terapi pertuturan dan bahasa disyorkan kepada murid yang mengalami moh berkomunikasi termasuk yang melibatkan kefahaman dan ekspresi bahasa yang dipercayai memberi kesan terhadap pencapaian murid di sekolah. Tambahan lagi, perkhidmatan ini boleh disalurkan kepada murid yang bermasalah daripada pek penghasilan pertuturan iaitu yang menghasilkan pertuturan yang tidak jelas dan sukar difahami. Biasanya pertuturan murid adalah tidak sesuai dengan perkembangan umur 
kronologi serta dikaitkan dengan perkembangan kognitifnya. Terapi pertuturan bahasa berasaskan sekolah memberi tumpuan terhadap aktivi komunikasi lisan untuk memupuk kebolehan murid ke arah pencapaian dalam program pendidikan yang diikuti. Ini termasuk dalam domain komunikasi seperti:

                                                 



Selain itu, perkhidmatan ini dipercayai paling tinggi permintaannya kerana berkait terus dengan aspek prima dalam pembelajaran. Model perkhidmatan berbentuk pull-out bermaksud kanak-kanak yang layak menerima terapi dibawa keluar dari bilik darjah ke bilik khas menjalani sesi tersebut. Bagi perkhidmatan berkonsepkan push-in, sesi terapi dilaksanakan dalam bilik darjah sama ada secara perseorangan atau berkumpulan. Biasanya kanak-kanak berkeperluan khas tidak perlu lagi melalui ujian saringan ini kerana mereka layak menerima perkhidmatan ini dan lain-lain perkhidmatan terapi yang bersesuaian (Giuliani, 2012).

Perkhidmatan Audiologi

Menurut ASHA (2004) bayi dan kanak-kanak merupakan populasi unik yang memerlukan audiologi berpengetahuan khusus, berkemahiran dan berpengalaman menyediakan perkhidmatan audiologikal. Sejak tahun 1996, audiologi telah melaksanakan ujian saringan pendengaran bagi setiap kelahiran dan khusus kepada bayi berisiko tinggi. Perkhidmatan audiologik kepada populasi pediatrik memerlukan diagnosis tepat terhadap status pendengaran, kaunseling keluarga yang efektif dan setara dengan proses diagnosis dan  perkhidmatan berkala secara koordinasi. Oleh hal yang demikian, amalan dalam bidang audiologi dalam populasi pediatrik memerlukan tiga pendekatan utama dalam pelaksanaan perkhidmatannya termasuk sebagai

                                                        


Selain itu, audiologi berasaskan sekolah memainkan peranan penting dalam kumpulan pendidik terutamanya pendidikan khas.Audiologis akan mengenal pasti tahap kehilangan pendengaran individu dan lain-lain kesukaran auditori yang berkaitan. Audiologis juga mengawasi, menilai dan menerangkan impak kehilangan pendengaran terhadap sekolah menyediakan perkhidmatan yang komprehensif dalam menentukan keperluan individu daripada aspek akademik, komunikasi dan psikososial.




   

Comments