Perkhidmatan Sokongan Sosial

PERKHIDMATAN PSIKOLOGI

Perkhidmatan psikologi disalurkan untuk membantu kanak-kanak yang layak dan didapati mempunyai kekurangan upaya agar dapat memberikan manfaat kepada program pendidikan khas. Kebanyakkan sekolah menggunakan perkhidmatan personal psikologis yang terlatih seperti pegawai sosial sekolah dan kaunselor. Namun begitu, terdapat sesetengah sekolah yang menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh psikologis pendidikan sekolah.

 

    Definisi oleh IDEA (2004) turut ada menyatakan tentang korelasi kaunseling psikologis untuk ibu bapa dan murid banyak memfokuskan kepada aspek perkembangan tingkah laku positif. Terdapat ramai profesional lain dapat memainkan peranan dalam perkembangan dan menyalurkan perkhidmatan intervensi tingkah laku positif murid. Kerencatan bilangan pegawai psikologis pendidikan memberikan impak yang tinggi bukan sahaja dalam konteks perkembangan profesion, malahan memberi kesan terhadap permintaan ibu bapa, guru dan murid berkeperluan khas dalam pengurusan harian. 

REHABILITASI KAUNSELING
Perkhidmatan kaunseling merupakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh individu atau kumpulan personel yang khusus membincangkan isu perkembangan kerjaya, persediaan pekerjaan, konsep mencapai hidup berdikari dan integrasi dalam persekitaran tempat kerja dan komuniti pelajar dengan keperluan khas (DeBettencourt, 2022). Peranan kaunselor di sekolah adalah sentiasa bekerjasama dengan guru dalam menguruskan keperluan murid supaya guru lebih berkeyakinan menggunakan pendekatan tertentu ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan termasuklah memberi sokongan kepada murid dalam proses intervensi, modifikasi dan ketetapan penempatan yang menepati keperluan individu. Dalam bidang pendidikan khas, kaunselor akan menyalurkan maklumat dalam bentuk perancangan bertulis. Selain itu, kaunselor juga turut berkhidmat menyelia dari aspek pentadbiran seperti:



GURU/PEKERJA SOSIAL
Guru merupakan pihak yang memberi kesan secara menyeluruh kepada murid-murid berkeperluan khas kerana guru merupakan pendidik utama di sekolah. Antara tugas utama guru atau pekerja sosial termasuk:



PERANAN PIHAK PENTADBIR


KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA
 

    Perkara ini mampu memberikan kesan yang positif terhadap perkembangan anak-anak dengan seimbang dari aspek tingkah laku. Terdapat segelintir ibu bapa malu mempunyai anak yang memiliki kad OKU dan tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka terpaksa memikul beban seumur hidup mereka dengan label OKU tersebut. Segelintir ibu bapa beranggapan bahawa mereka tidak perlu bersusah payah mengajar anak mereka dengan bersungguh-sungguh kerana mereka sedar anak mereka memang begitu. Itu merupakan tanggapan ibu bapa yang paling pahit untuk diterima oleh guru-guru Pendidikan Khas.
  
INTERNATIONAL DISABILITY ALIANCE (IDA)
IDA merupakan sebuah jaringan organisasi secara global yang ditubuhkan pada tahun 1999 bagi menggalakkan implementasi program dan aktiviti secara efektif terhadap orang kurang upaya. Lapan organisasi regional dan global yang memegang keahlian IDA termasuklah:



Comments