PERKHIDMATAN AGENSI SWASTA DAN BADAN BUKAN KERAJAAN MALAYSIA

Perkhidmatan khidmat sokongan daripada agensi swasta dan dan bukan kerajaan selaras dengan usaha pembangunan negara turut sama bergiat aktif terhadap usaha memperkembangkan elemen pendidikan kearah menginklusifkan murid khas


PERKHIDMATAN AGENSI SWASTA DAN BADAN BUKAN KERAJAAN DI MALAYSIA




Persatuan Nasional Autism Malaysia ( National Autism Society of Malaysia- NASOM)







Yayasan Kiwanis (The Kiwanis Down Syndrome Foundation - KDSF)



Kelab KIWANIS di sekitar tahun 1988 mengambil inisiatif mengasaskan Pusat Sindrom Down yang disertai oleh 35 kanak-kanak Sindrom Down. Tujuan utama penubuhan pusat ini adalah untuk menyediakan program pendidikan kepada ahlinya yang berumur 6 tahun dan ke bawah.

Program yang ditawarkan terbahagi kepada 2 peringkat umur iaitu:



KURIKULUM KDSF
KDSF mengambil pendekatan kurikulum khas yang mengintegrasikan perkembangan anak Sindrom Down seperti minat, keperluan serta kebolehan mereka. Ini disepadukan dengan kebolehan kognitif dan perkembangan sosial, emosi dan fizikal mereka.




Persatuan bagi Orang Buta Malaysia (Malaysian Association for the Blind- MAB)





  • Ditubuhkan pada 21 November 1951 oleh inisiatif Major D.R Bridges yang merupakan pegawai di Jabatan Kebajikan Tanah Melayu. Beliau merupakan seorang askar dalam tentera British di Burma dan telah buta dalam perang semasa tahun 1940an. Selepas dipulihkan di England, beliau ditugaskan untuk bekerja sebagai pegawai kebajikan orang buta di Tanah Melayu.
Persatuan Orang Buta Malaysia memiliki visi untuk memperkasa individu dengan ketidakupayaan penglihatan. Individu berkenaan akan memperoleh manfaat perkhidmatan dan peluang penglibatan terutamanya dalam integrasi sosial. MAB juga berperanan dalam menyediakan maklumat awal mengenai langkah-langkah pencegahan ketidakupayaan penglihatan. 





Persatuan Disleksia Malaysia

Penubuhan persatuan ini berdiri di atas objek perkembangan dan pencapaian kanak-kanak disleksia. Persatuan Disleksia Malaysia berhubung terus dengan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang lain dalam usaha mengoptimumkan perkhidmatan yang bermatlamatkan kefungsian kanak-kanak bermasalah pembelajaran khususnya kanak-kanak disleksia.

Antara tujuan utama penubuhannya :
  • Meningkatkan pendidikan dan kebajikan umum kanak-kanak dan orang lain yang terjejas oleh disleksia dan ketidakupayaan pembelajaran yang lain.
  • Untuk meningkatkan pendedahan mengenai disleksia serta keperluan dan masalah-masalah yang dihadapi serta membantu mereka mendapatkan diagnosis dan rawatan khusus supaya kecacatan mereka boleh diperbaiki seawal mungkin.
  • Untuk menggalakkan badan-badan yang berkenaan seperti latihan guru supaya membolehkan mereka mengenalpasti dyslexia di kalangan kanak-kanak sekolah rendah.
  • Mengangjurkan latihan dalam perkhidmatan bagi guru di kawasan yang tiada program intensif dyslexia
  • Mengambil langkah mewujudkan perkhidmatan di kalangan persatuan-persatuan atau mana-mana syarikat yang mengendalikan program bagi membantu kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran.
  • Berganding bahu dengan mana-mana persatuan dalam memberi bimbingan bagi mengurangkan beban kanak-kanak yang mengalami disleksia.





Persatuan ini menjalankan pelbagai bentuk aktiviti dan perkhidmatan seperti kelas intensif, kelas bimbingan, aktiviti tahunan.




Persatuan Orang Pekak Malaysia (Malaysia Federation of the Dead - MFD)



Persatuan ini merupakan penyelaras kebangsaan bagi semua badan organisasi pekak di Malaysia. Ia juga merupakan sebuah organisasi bantu diri yang yang ditadbirkan oleh orang Pekak sendiri. MFD telah diberikan mandat untuk mewakilkan suara orang Pekak untuk memperjuangkan hak dan keperluan di Malaysia, serta juga menyediakan perkhidmatan bagi memastikan orang Pekak dapat hidup dengan harmoni bersama rakyat lain.

Misi MFD :
  • berazam mewujudkan komuniti Pekak yang berwibawa, berdaya saing dibidang pendidikan, sosio-ekonomi dan kerjaya sejajar dengan matlamat negara Malaysia.
Ahli gabungan :


MFD berkomitmen untuk menyediakan perkhidmatan untuk orang Pekak, ibu bapa dan keluarga, agensi kerajaan atau swasta, orang awam dan lain-lain berkaitan dengan keperluan orang Pekan. Antara perkhidmatan yang disediakan ialah :

  • Advokasi
  • Jurubahasa isyarat
  • Belajar Bahasa Isyarat Malaysia
  • Pembangunan Insan
  • Pembangunan Sosio-ekonomi
  • Pekerjaan
  • Pendidikan awal kanak-kanak
  • Pendidikan dan motivasi


Persatuan Kanak-kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutan (Spastic Children Association of Selangor and Federal Territory - SCAFST)

Persatuan ini bergiat aktif seawal Februari 1960 ini membuka ruang kepada kanak-kanak yang didiagnosis dengan ketidakupayaan fizikal spastik sama ada disebabkan kecederaan sejak lahir mahupun secara perolehan.

Antara perkhidmatan yang disediakan ialah:
  • fisioterapi
  • terapi pertuturan
  • terapi cara kerja 
  • kemudahan pengangkutan untuk sebarang aktiviti kanak-kanak.
Di sini juga disediakan bilik-bilik khas untuk aktiviti kanak-kanak seperti bilik muzik, bilik simulasi masakan, kolah hidrotepi, makmal komputer, dewan serba guna, bilik peralatan sukan, perpustakaan mini dan pelbagai lagi.

Selain peringkat kanak-kanak, di persatuan ahli yang berusia remaja dan dewasa diberikan peluang pengendalian transisi kerjaya seperti mengendalikan kedai, penyediaan makanan serta terapi pendidikan dan latihan rehabilitasi yang lain.



RUMUSAN 




Soalan-soalan untuk pembaca : 

1. Apakah antara perkhidmatan agensi swasta dan badan bukan kerajaan Malaysia yang mewakilkan suara orang pekak?

2. Program apakah yang ditawarkan oleh KIWANIS? 

3. Bagaimanakah kita boleh mengenal pasti ciri-ciri kanak-kanak sindorm down?

Para pembaca boleh menjawab soalan di ruang komen 👀😊


Comments